SELAMAT DATANG

Trace Mineral Drops

Trace Mineral Drops atau pun titisan mineral merupakan bahan mineral semulajadi yang mampu membantu meningkatkan kesihatan badan. Badan kita sangat memerlukan 'trace mineral' untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan mineral dalam badan boleh menyebabkan kegagalan badan berfungsi dengan sempurna dan dengan akan wujudnya pelbagai gangguan kepada sistem badan kita seterusnya menimbulkan pelbagai jenis penyakit.

Badan kita yang memerlukan 5 % mineral bagi membolehkan fungsi fisiologi badan, seperti menghasilkan tenaga, membina tulang dan otot; berjalan dengan lancar. Kita pada kebiasaannya memperolehi mineral ini daripada makanan yang kita makan seharian. Walaubagaimana pun kaedah pertanian yang telah lama dijalankan pada sebidang tanah yang sama akan menyebabkan kandungan mineral yang dapat diserap oleh tumbuhan dan seterusnya dimakan oleh kita seharian semakin berkurangan. Ini menjadikan badan kita kekurangan bahan mineral ini. Oleh itu kita perlu mengambil mineral ini bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik.

Kegagalan pengambilan mineral ini akan memberikan gangguan pada badan seterusnya menyebabkan terhasil pelbagai jenis penyakit seperti gout, darah tinggi, jantung dan sebagainya.